Cecair Probiotik AGRICODE
Siri produk AGRICODE merupakan siri baharu baja cecair yang dihasilkan menggunakan teknologi biokimia canggih iaitu Asid Amino Serbaguna baharu dan digabungkan dengan pelbagai jenis mikrontrien. Siri produk ini kaya dengan lebih 18 jenis asid amino komprehensif, vitamin B1, B2, D2, asid malik, asid folik dan unsur-unsur penting lain. Semua nutrien penting iaitu zink (Zn), besi (Fe), selenium (Se), kobalt (Co), germanium (Ge), molibdenum (Mo) bersama-sama dengan magnesium (Mg) dan kalsium (Ca) yang diekstrak daripada alga laut (Mediterranean) dan debunga oat (Jepun) dan dikompaun menjadi cecair menggunakan teknologi Nano terkini. Baja Cecair Probiotik AGRICODE dengan kecekapan penyerapan yang tinggi mampu membekalkan tanaman dengan pengambilan nutrisi dalam bentuk bahan-bahan yang paling bioavailable.